BDSwiss App
Download & start trading

Akses 250+ instrumen pendasar di 5 kelas aset dengan antara syarat paling kompetitif

Akaun Korporat

Membuka akaun korporat dengan BDSwiss tidak pernah semudah ini! Akaun korporat direka secara khusus untuk memenuhi permintaan syarikat yang sah atau berdaftar yang ingin memanfaatkan syarat perdagangan BDSwiss yang memenangi anugerah. Dengan Akaun Korporat BDSwiss, syarikat dapat memperdagangkan pelbagai instrumen perdagangan, mengakses kecairan yang dioptimumkan, dan menikmati sokongan khusus 24 jam sehari 5 hari seminggu.


Modal anda berhadapan risiko

Cara membuka akaun korporat

Untuk membuka akaun korporat, anda perlu mengisi soal selidik wajib yang merangkumi maklumat penting berkaitan dengan akaun anda. Setelah selesai, kami akan menyemak permohonan anda.

Apabila permohonan anda diluluskan, kami akan membuka akaun korporat anda dan anda akan mendapat akses penuh ke papan pemuka pelanggan.

Dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun korporat

Sijil Penubuhan

Sijil Pejabat Berdaftar (jika ada)

Sijil Pengarah dan Setiausaha

Pengisytiharan UBO

Memorandum & Tataurusan Penubuhan (jika ada)

Sijil Pemegang Saham Berdaftar (Sekiranya pemilik dan/atau wakil yang befenisial ialah syarikat, sila berikan dokumen korporat mereka.)

Sijil Kedudukan Baik atau petikan terbaru daripada pendaftar syarikat sekiranya syarikat berumur lebih daripada setahun

Ketetapan oleh Lembaga Pengarah Syarikat untuk pembukaan akaun perdagangan dengan BDSwiss dan kepada siapa mereka memberikan kuasa untuk mengendalikan akaun perdagangan.

Dokumentasi KYC penuh untuk semua Pengarah dan Pemegang Saham sebanyak 25% atau lebih yang dipegang di Syarikat. Khususnya:

  • Bukti Pengenalan: salinan sebenar pasport orang yang disahkan (dengan gambar dan spesimen tandatangan disertakan) yang akan mengendalikan akaun perdagangan. Dokumen tersebut mesti sah dan boleh dibaca dengan jelas.
  • Bukti Tempat Tinggal: salinan bil air atau bil gas atau bil elektrik atau penyata bank yang dikeluarkan dalam nama orang tersebut, yang membuktikan alamat tetapnya dan tidak lebih daripada tiga (3) bulan.

Perhatian: Sekiranya pemilik benefisial ialah syarikat lain, sila berikan dokumen korporat (sama seperti yang disenaraikan di atas) bagi pemilik hakiki.

Jenis Akaun

Di BDSwiss, kami menawarkan jenis akaun yang sesuai untuk pedagang dari semua peringkat. Pemegang akaun korporat kami boleh memilih akaun yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Untuk membandingkan ciri yang ditawarkan oleh pelbagai jenis akaun kami, klik di sini.

Amaran Risiko: Dagangan dalam Forex/CFD dan Terbitan Lain amat berspekulasi dan mempunyai tahap risiko yang tinggi. Pendedahan Risiko Umum